Esok tidak boleh mengubah apa yang berlaku pada hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok

Sunday 13 April 2014

TAJUK 15 : SEMINAR DAN PAMERAN TMK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DEKAD KINI DAN MENDATANG

SEMINAR

Menurut kamus pelajar mengatakan suatu perjumpaan untuk menyelidik dan membahaskan sesuatu masalah di bawah pimpinan orang-orang yang ahli dalam hal itu. Seminar dikatakan sebagai satu cara di mana ramai orang berkumpul untuk membahas suatu masalah atau isu dalam  bimbingan seorang ahli yang menguasai bidangnya. Melalui seminar ini, Bahasa Melayu Berbantukan Komputer dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk memupuk kesedaran dan kepekaan dalam bidang  IT. Seminar ini juga dapat diperkenalkan kepada orang ramai terutamanya masyarakat luar. Seminar Bahasa Melayu Berbantukan Komputer ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada masyarakat tentang penggunaan bahan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

 Terdapat pelbagai isu yang boleh diseminarkan iaitu :

  • Pengaplikasian teknologi maklumat dalam P&P bahasa Melayu
  • Penggunaan komputer di sekolah
  • Pembinaan modul pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu

Ciri-ciri seminar bahasa Melayu berbantukan komputer :

  • Memberi kesempatan diskusi berkaitan bahasa Melayu berbantukan komputer antara peserta dan panel
  • Menggalakkan peserta mengambil bahagaian secara aktif dalam seminar
Kelebihan

  • Berguna kepada peserta yang terlibat
  • Peserta dapat mempelajari topik secara mendalam
  • Menyediakan bahan dan keterangan yang baru

Kekurangan

  • Sukar untuk mendapatkan panel seminar yang berkualiti
  •  Memerlukan jawatankuasa yang besar dalam melaksanakannya
  • Sering dijalankan untuk seminar pendidikan


Contoh Seminar






Antara hasil BBM berbantukan komputer :



PAMERAN

Menurut Muhd Abi Sofian(2005), pameran boleh didefinasikan sebagai salah satu saluran komunikasi sosial yang menghubungkan antara penyampai dalam pameran dengan masyarakat yang mempunyai tujuan dan matlamat tertentu.

Ciri-ciri pameran bahasa Melayu berbantukan komputer :

  • Mempamerkan bahan bahasa Melayu berbantukan komputer
  • Terdapat kiosk setiap tajuk dalam proforma
  • Penerangan yang lengkap untuk setiap bidang




Contoh Pameran
Contoh Pamplet Pameran







No comments:

Post a Comment