Esok tidak boleh mengubah apa yang berlaku pada hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok

Sunday 26 January 2014

TAJUK 3 : APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET










ETIKA KOMPUTER
  • Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).
  • Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat 

MASALAH MORAL DAN ETIKA
Terdapat beberapa masalah moral dan etika yang sering berlaku iaitu:
  • Penggertak
  • Penyalahgunaan Internet
  • Virus
  • Hak cipta
  • Perisian Cetak Rompak
a) Penggertak:
  • Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
  • Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakanperisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan
b) Penyalahgunaan Internet:
  • Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.
c) Virus:
  • Penyebaran virus - merosakkan sistem, data, perisian,melumpuhkan rangkaian computer.
d) Hak cipta Terpelihara:
  • Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.
e) Perisian Cetak Rompak:
  • Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual.
PRINSIP ETIKA KOMPUTER
  • Keseimbangan
  • Keizinan termaklum
  • Keadilan
  • Meminimumkan risiko

PANDUAN KEPADA PENGGUNA KOMPUTER ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.

2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.

3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.

4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.

5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.

6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah

7. Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.

8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.

9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.

10. Gunakanlah komputer secara bertimbang rasa dan hormat kepada manusia lain.

CARA MEMBUAT BROSUR MENGGUNAKAN MICROSOFT PUBLISHER
1. Buka Microsoft Publisher 2010.


2. Setelah application sudah dibuka screen akan memaparkan gambar seperti berikut, kemudian pilih BROCHURE.
 
3. Langkah seterusnya memilih design yang anda minat (mengikut kesesuaian brosur). Contoh design yang dipilih ialah Bubbles.




 4. Padamkan gambar-gambar atau maklumat yang tidak diperlukan. Setelah itu letakkan pula logo atau gambar yang anda perlukan. Contoh gambar ialah Logo Syarikat.



5. Setelah itu masukkan butiran seperti:

  •     Tajuk program yang akan diadakan
  •     Nama penaja
  •    Tarikh dan hari program akan diadakan
  •     Aktiviti yang akan dijalankan
  •     Matlamat program dan lain-lain butiran yang diperlukan
    Paparan brosur setelah diedit menggunakan Microsoft Publisher 2010
    6. Proses seterusnya ialah proses untuk mencantikkan brosur anda.Ini bertujuan untuk menarik minat orang ramai untuk membaca brosur anda.

    TAJUK 2 : MENGGUNAKAN INTERNET, ENJIN PENCARI BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU










     
    MENGGUNAKAN INTERNET, ENJIN PENCARIAN BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
     
    • Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
    • Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.
     
    1.1 Apa itu ‘Enjin Pencarian?
     
    • Merupakan software yang digunakan untuk mencari maklumat.
    • Enjin pencarian dicipta pihak tertentu bagi mencari maklumat dengan meletakkan kata kunci pada ruang yang telah disediakan. 
    • Kata kunci mestilah tediri daripada perkataan yang ringkas atau sasaran maklumat yang hendak kita dapatkan. 
     
    1.2 Tujuan Enjin Pencarian
     
    • Tujuan (konteks pendidikan). 
    •  Mencari bahan pengajaran dan pembelajaran yang interaktif. 
    • Memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan.
     
    1.3 Jenis Enjin Pencarian.
     
     
    1.31 - Dimanakah enjin pencarian dapat dilihat:

    Tempat enjin pencarian dapat dilihat, seperti di bawah;

    Enjin pencarian Google
     



    Enjin carian Yahoo.com


    1.4 Cara Mengkategorikan Maklumat 
    •  Video 
    • Gambar 
    • Ruangan 
    • Lagu 
    • Multi 
    • Permainan
    •  Perniagaan

    Bagaimana mendapat maklumat di internet;
    1.  Mengenalpasti tajuk. 
    2. Memilih kata kunci mengenai tajuk atau bahan yang ingin dicari. 
    3. Memilih enjin pencarian yang tepat. 
    4. Menyemak kesesuaian maklumat atau bahan yang dijumpai. (cuba guna enjin pencari yang berlainan).
    5. Mengulangi proses pencarian sekiranya perlu.

    TAJUK 1 : PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU








    Bahan Pengajaran KSSR

    Modul KSSR


    Wednesday 22 January 2014

    Wednesday 15 January 2014

    Creative Commons

    Dengan perkembangan dunia internet, kandungan yang mula dihasilkan oleh pengguna seluruh dunia juga meningkat dari hari ke hari. Dan dalam usaha untuk mengawal hak cipta pemilik terhadap kandungan, salah satu organisasi yang menyediakan beberapa lesen hak cipta untuk pemilik asal adalah Creative Commons.
    Melalui pilihan pelesenan yang disediakan oleh Creative Commons, ia membolehkan pemilik sesuatu kandungan berkongsi hasil kerja mereka, seperti gambar, video, grafik, teks, dan sebagainya untuk digunakan oleh sesiapa sahaja, dan pada masa yang sama memberikan kredit hak cipta kepada pemilik asal.
    ''Creative Commons membolehkan pengguna membangunkan dan memaksimakan kreativiti digital mereka, dan berkongsi dengan lain dan mengalakkan inovasi antara satu sama lain.''
    Creative Commons menawarkan kepada orang ramai satu set lesen hak cipta secara percuma dan lesen-lesen ini akan membantu pencipta atau pemegang lesen memberitahu dunia apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan berkaitan kerja mereka yang telah dihakciptakan. Ia terutamanya bagi kerja-kerja yang dipamerkan di Internet dan ia boleh dalam sebarang bentuk seperti rakaman video, rakaman audiovisual, rakaman muzik, imej, video, teks atau rekaan interaktif.
    Creative Commons yang diperkenalkan di Malaysia sekitar tahun 2006 ini turut sama menerima sokongan ramai pihak, termasuk MDeC daripada Malaysia sendiri. Sekiranya perasan, kebanyakkan laman web berbentuk perkongsian menyediakan sokongan perkongsian menggunakan lesen Creative Commons, termasuk di YouTube, Flickr, SoundCloud, Vimeo dan banyak lagi.
    Bagaimana Creative Commons membantu anda?
    Dengan menggunakan pelesenan Creative Commons pada hasil karya anda, ia memberikan fleksibiliti untuk pengguna lain dalam berkongsi karya anda bersama yang lain, disamping pada masa yang sama mengekalkan apa yang ditetapkan oleh anda. Ia sekaligus membantu dalam beberapa bidang, terutamanya dalam bidan pendidikan, disamping membolehkan hasil karya anda dicapai oleh lebih ramai pengguna seluruh dunia.
    Disamping itu, apabila anda ingin membangunkan sesuatu kandungan, sebagai contoh sekiranya ingin hadir dengan sebuah video, anda boleh menggunakan lagu latar atau grafik yang dilesenkan oleh pengguna lain, dan melaluinya kedua-dua pihak mendapat keuntungan. Sebagai contoh, video anda akan mendapat lagu latar yang menarik, manakala pemilik lagu asal mendapat lebih capaian dengan lagu hasil mereka didengari lebih ramai orang seluruh dunia.
    Siapakah Yang Menggunakan Creative Commons?
    Ramai yang menggunakan pelesenan Creative Commons untuk hasil karya mereka. Selain individu persendirian, dan syarikat kecil, beberapa nama besar turut melesenkan kandungan mereka dibawah lesen ini, termasuk antaranya adalah Google, Wikipedia, Al-Jazeera dan beberapa yang lain. Di Malaysia, projek 15 Malaysia turut sama mengguna-pakai pelesenan Creative Commons untuk projek mereka.
    Lesenkan Kandungan Anda Hari Ini
    Bagi anda yang aktif berkongsi gambar, video dan pelbagai karya di arena internet, mungkin anda boleh menyemak laman Creative Commons hari ini, dan mula memilih lesen yang sesuai untuknya. Anda juga boleh melakukan perkara sama ketika berkongsi kandungan di YouTube, Flickr, Vimeo dan beberapa yang lain.