Esok tidak boleh mengubah apa yang berlaku pada hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok

Sunday 13 April 2014

TAJUK 15 : SEMINAR DAN PAMERAN TMK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DEKAD KINI DAN MENDATANG

SEMINAR

Menurut kamus pelajar mengatakan suatu perjumpaan untuk menyelidik dan membahaskan sesuatu masalah di bawah pimpinan orang-orang yang ahli dalam hal itu. Seminar dikatakan sebagai satu cara di mana ramai orang berkumpul untuk membahas suatu masalah atau isu dalam  bimbingan seorang ahli yang menguasai bidangnya. Melalui seminar ini, Bahasa Melayu Berbantukan Komputer dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk memupuk kesedaran dan kepekaan dalam bidang  IT. Seminar ini juga dapat diperkenalkan kepada orang ramai terutamanya masyarakat luar. Seminar Bahasa Melayu Berbantukan Komputer ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada masyarakat tentang penggunaan bahan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

 Terdapat pelbagai isu yang boleh diseminarkan iaitu :

  • Pengaplikasian teknologi maklumat dalam P&P bahasa Melayu
  • Penggunaan komputer di sekolah
  • Pembinaan modul pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu

Ciri-ciri seminar bahasa Melayu berbantukan komputer :

  • Memberi kesempatan diskusi berkaitan bahasa Melayu berbantukan komputer antara peserta dan panel
  • Menggalakkan peserta mengambil bahagaian secara aktif dalam seminar
Kelebihan

  • Berguna kepada peserta yang terlibat
  • Peserta dapat mempelajari topik secara mendalam
  • Menyediakan bahan dan keterangan yang baru

Kekurangan

  • Sukar untuk mendapatkan panel seminar yang berkualiti
  •  Memerlukan jawatankuasa yang besar dalam melaksanakannya
  • Sering dijalankan untuk seminar pendidikan


Contoh Seminar






Antara hasil BBM berbantukan komputer :



PAMERAN

Menurut Muhd Abi Sofian(2005), pameran boleh didefinasikan sebagai salah satu saluran komunikasi sosial yang menghubungkan antara penyampai dalam pameran dengan masyarakat yang mempunyai tujuan dan matlamat tertentu.

Ciri-ciri pameran bahasa Melayu berbantukan komputer :

  • Mempamerkan bahan bahasa Melayu berbantukan komputer
  • Terdapat kiosk setiap tajuk dalam proforma
  • Penerangan yang lengkap untuk setiap bidang




Contoh Pameran
Contoh Pamplet Pameran







Tajuk 14 : Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu



Cakera padat merupakan sejenis peranti daripada kepingan bersalut magnet yang digunakanuntuk menyimpan data dan atur cara komputer.

1. Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
Cakera padat boleh diklasifikan kepada beberapa jenis cakera padat. Antaranya ialah:


                 

2. Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu Cakera padat untuk pembelajaran bahasa Melayu telah diwujudkan oleh pihak penerbit buku teks. CD-Rom ini diharap dapat membantu meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu.





Selain itu, cakera padat yang turut digunakan ialah:
  • Puisi tradisional dan kesusasteraan
  • Latihan dan soalan


3. Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran
Penggunaan cakera atau CD-Rom boleh diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

AKTIVITI
JENIS CAKERA
Kesusasteraan
Cakera sastera seperti pantun, syair atau
cerpen pendek.

Tatabahasa
Cakera latihan tatabahasa.



PANDUAN MENJAGA KESELAMATAN CAKERA PADAT :

  • Jangan mendedahkan cakera padat pada cahaya matahari atau haba yang panas.
  • Jangan menyentuh bahagian bawah permukaan cakera padat.
  • Jangan menulis menggunakan pen mata bulat di permukaan atas cakera padat sebaliknya gunakan alat tulis seperti marker pen.
  • Jangan simpan cakera padat secara tindih menindih.
  • Jangan makan atau minum berdekatan cakera padat
  • Pegang cakera padat dengan cara yang betul
  • Jika tidak digunakan, simpan cakera padat ke dalam bekas yang disediakan.







Sunday 6 April 2014

TAJUK 13 : MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU












  • Menggunakan animasi perkataan dan objek Power Point
  • Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada Internet
  • Memanipulasi animasi dalam persembahan


Pengenalan
Penggunaan animasi dalam sesuatu pengajaran mampu menarik minat pelajar. Penggunaan animasi ini berupaya menjadikan pembelajaran lebih menarik dan pelajar akan lebih menumpukan perhatian dalam pengajaran yang guru ajarkan.


Animasi
Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Animasi boleh dalan bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas. Walaupun apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu menghasilkan kelainan dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa manusia sukakan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik.

Bentuk Animasi



Jenis-jenis animasi

Animasi Cel
i. Diperkenalkan oleh Disney di mana menggunakan beberapa siri daripada grafik berlainan pada setip kerangka frame
ii. Satu minit animasi akan memainkan 1,440 kerangka
iii. Cel berasal daripada kertas celluloid yang digunakan untuk lukisan pada setiap kerangka tetapi sekarang telah digantikan dengan plastik

         


Animasi Komputer
i. Mengamalkan konsep yang sama seperti animasi cel :menggunakan layer, keyframe, tweening
ii. Menggunakan nilai piksel RGB, mengenalpasti bucu-bucu sesuatu objek dan bercampuran warna supaya dapat menghasilkan transparencies, inversion dan effect

                           




Morphing
i. Kesan yang popular di mana satu imej akan bertukar menjadi imej lain
ii. Boleh gunakan ke atas objek statik ataupun objek yang bergerak



 






Format penghasilan Animasi
Format penghasilan animasi yang biasa digunakan ialah gif animated dan swf, AutoDesk 3D Studio dan Animator (.FLI, .FLC) dan Macromedia Director (.DIR).

Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada internet

Cara untuk memuat turun animasi
Cara untuk mendownload animasi flash dengan mudah dari sebuah website adalah menggunakan sebuah software yang bernama Save Flahs. Dapat didownlaoad di http://www.saveflash.com untuk versi trial atau demo. Versi full yang sudah di crack pula boleh didapati di http://rapidlibrary.com/ kemudian masukkan kata kunci "save flash full".
Setelah di install, Software ini akan menempel pada Internet explorer. Setiap kali membuka sebuah web site yang mengandung flash maka akan muncul tanda disket yang jika di klik akan menyimpan animasi flash ke dalam hard disk

TAJUK 12 : Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu









Pengenalan

Alat pengarangan merupakan alat yang bertanggungjawap untuk menggabungkan data supaya ia dapat dipersembahkan untuk pembelajaran, latihan mahupun untuk hiburan. Pengarangan atau (authoring) merujuk kepada pengaturcaraan yang dibuat oleh bukan pengaturcara (programming by non-programmers). Alat pengarangan merujuk kepada perisian yang akan digunakan. Selain itu juga alat pengarang ini merupakan satu alat yang digunakan untuk mengarang atau menghasilkan sesuatu karangan.

a) Jenis-jenis Alat Pengarangan


b) Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Mencapai Kemahiran Bahasa Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Alat pengarang yang dipilih haruslah membuatkan anda selesa dengan penggunaannya. Sebagai contoh pemilihan alat pengarangan yang dipilih ialah Google docs. Google dosc ini boleh didapati dengan melayari:

c) Aplikasi Penyuntingan Bahan Bahasa Melayu dengan Menggunakan Alat Pengarangan



1.  MENGGUNAKAN ALAT PENGARANAGAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

12.1 Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.


 PERSPEKTIF ALAT PENGARANGAN


CARA-CARA MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN DALAM MENCAPAI KEMAHIRAN BAHASA
(*dengan menggunakan Power Point)


  12.2 Aplikasi penyuntingan bahan bahasa melayu dengan menggunakan alat pengarangan
ü  Contoh karangan dipilih dan disunting ke dalam bentuk nota isi-isi penting menggunakan Power Point



2.   MENGGUNAKAN ALAT PENGARANAGAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Pengenalan
Alat pengarangan merupakan alat yang bertanggungjawap untuk menggabungkan data supaya ia dapat dipersembahkan untuk pembelajaran, latihan mahupun untuk hiburan. Pengarangan atau (authoring) merujuk kepada pengaturcaraan yang dibuat oleh bukan pengaturcara (programming by non-programmers). Alat pengarangan merujuk kepada perisian yang akan digunakan.Selain itu juga alat pengarang ini merupakan satu alat yang digunakan untuk mengarang atau menghasilkan sesuatu karangan.

Menghantar Emel
  • 1) Buka akaun emel anda seperti yahoo atau gmail
  • 2) Isikan ‘nama pengguna’ dan ‘kata laluan’
  • 3) Kemudian tekan ‘daftar masuk’
  • 4) Kemudian akan keluar paparan seperti di bawah:
  • 5) Untuk menghantar emel, klik pada karang mel.
  • 6) Kemudian isikan “penerima’, ‘subjek’, ‘teks’ dan lampirkan gambar jika perlu di ruang ‘lampirkan fail’.
  • 7) Langkah terakhir ialah klik pada butang “Hantar”
  • 8) Emel sudah siap dihantar.

Blog
Blog merupakan singkatan dari "web log" adalah bentuk aplikasi web yang menyerupai tulisan-tulisan (yang dimuat sebagai posting) pada sebuah halaman web umum. Tulisan-tulisan ini seringkali dimuat dalam urut terbalik (isi terbaru dahulu baru kemudian diikuti isi yang lebih lama), meskipun tidak selamanya demikian. Laman web seperti ini biasanya dapat dilayari oleh semua pengguna internet sesuai dengan topik dan tujuan dari si pengguna blog tersebut.

Sejarah Blog
Media blog pertama kali dipopularkan oleh ‘Blogger.com,’ yang dimiliki oleh PyraLab sebelum akhirnya PyraLab diambil oleh Google.Com pada akhir tahun 2002 yang lalu. Semenjak itu, banyak terdapat aplikasi-aplikasi yang bersifat sumber terbuka yang dikhususkan kepada perkembangan para penulis blog tersebut.
Blog mempunyai fungsi yang sangat fleksibal seperti catatan harian, media politik, berita semasa sehinggalah program-program media, syarikat-srarikat dan sebagainya. Sebahagian blog ditulis oleh seorang penulis tunggal, sementara sebahagian lainnya oleh beberapa penulis. Banyak juga blog yang memiliki kemudahan interaksi dengan para pengunjungnya, seperti menggunakan buku tamu dan kotak komentar yang dapat membenarkan para pengunjungnya meninggalkan komen atau isi dari tulisan yang ditulis, namun demikian ada juga yang yang sebaliknya atau yang bersifat tidak beleh berinteraksi (non-interaktif)
Aplikasi Penyuntingan bahan bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan
Bahan bahasa Melayu yang didapati daripada internet boleh disunting. Bahan ini boleh mengikuti langkah-langkah penyuntingan bahan. Antara langkah-langkah tersebut ialah:
(i) Mengumpul bahan dari internet
(ii) Memasukkan maklumat dalam alat pengarangan
(iii) Memulakan semakan
(iv) Memadam maklumat tidak berkaitan
(v) Simpan maklumat atas talian

TAJUK 11 : PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA SIDANG VIDEO

i.     Konferensi secara dalam talian
ii.   Mengadakan siding video untuk mengajarkan kemahiran mendengar bertutur
iii.  Merakamkan perbualan

  • Sidang video (telepersidangan video atau telekonferens video ) merupakan satu set teknologi telekomunikasi interaktif yang membenarkan orang di antara dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui penghantaran video dan audio dua hala secara serentak.
  • Sidang video juga telah dirujuk sebagai kerjasama pandang dan merupakan sejenis perisian kumpulan.
  • Sidang video berbeza dari videofon  kerana ia direka untuk ditujukan kepada suatu persidangan dan bukan individu.
  • Telesidang video ini juga amat sesuai bagi melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh kerana ia sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan, tutorial, tunjukcara, mesyuarat, perdebatan, persidangan, pembentangan kajian, viva, temuduga dan juga bimbingan kaunseling.
  • Pelaksanaan telesidang ini memerlukan perancangan dan latihan yang rapi malah latihan dan percubaan perlu dijalankan sebelum menggunakan bahan sokongan media ini.
  • Telesidang ini adalah di antara jenis yang sesuai diaplikasi dalam sistem Pendidikan sesebuah negara yang membangun yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi.

3 Jenis Persidangan Video
o   Banyak ke banyak
o   Satu ke banyak
o   Satu ke satu

CONTOH PENGGUNAAN SIDANG VIDEO
         Pendidikan
         Pembentangan (Presentations )
         Perkongsian kerja antara penyelidik
         Berkomunikasi
         Teleperubatan
         Mesyuarat

Kebaikan Menggunakan Telesidang
         Mengurangkan kos perjalanan dan menjimatkan masa.
         Membuka peluang luas dalam penglibatan bahagan hieraki sektor korporat dan sektor-
        sektor lain.
         Menambahkan produktiviti dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
         Membuat keputusan dengan cepat dan spontan.
         Mempertingkatkan komunikasi.
         Perhubungan pensyarah dan pelajar lebih akrab.
         Penambahbaikan kepuasan dalam pengajaran atau di tempat kerja

TRANSMISI SIDANG VIDEO
Cekup (capture)
   Kamera video digital menangkap imej dan mikrofon merakam bunyi audio.
   Kamera menukar video ke dalam format digital dan dihantar kepada perisian sidang video yangkemudiannya dimampatkan.
 Mampat
   Perisian sidang video akan dimampatkan ke dalam bentuk digital.
   Satu untuk audio dan satu lagi untuk video dan dihantar kepada modem.
Siar
   Modem akan menukar tanda isyarat digital kepada analog supaya ia boleh disiarkan melalui talian telefon yang biasa.
   Perisian ini akan mentafsirkan kelajuan sambungan dan menentukan berapa banyak bingkai sesaat yang akan dihantar pergi dan balik.

PERISIAN SOFTWARE BOLEH DIDAPATI DI :



PENGGUNAAN PERISIAN SKYPE

LANGKAH 1 :

LANGKAH 2 :

LANGKAH 3 :

HASIL :


CARA KELUAR DARI PERBINCANGAN

HASIL :


JENIS PERSIDANGAN VIDEO

YAHOO MASSENGER

LANGKAH 1:

LANGKAH 2:

LANGKAH 3:

LANGKAH 4:

LANGKAH 5:

LANGKAH 6:

LANGKAH 7:

LANGKAH 8:

LANGKAH 9: